'Bersalin sendiri, uri jatuh atas jalan'

'Bersalin sendiri, uri jatuh atas jalan'

Loading...
'Bersalin sendiri, uri jatuh atas jalan'

WANITA, 30-an, melahirkan bayi lelaki bersendirian di tepi jalan di Jalan Tiong Nam 5, Chow Kit, Kuala Lumpur, 10 malam tadi.
Difahamkan, wanita itu panik selepas bersalin dan dia berlari sambil mendukung bayinya bagi meminta pertolongan menyebabkan tali pusat dan uri bayi tertanggal dan jatuh di atas jalan.
Saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Asri, 20, berkata dia melihat wanita itu menjerit kesakitan selepas bersalin bersendirian di lorong berkenaan.


“Kerana panik, wanita itu bangun dan berlari sambil mendukung bayinya untuk meminta pertolongan.
“Saya lihat tali pusat dan uri pada bayi tertanggal dan jatuh di atas jalan,” katanya.
Menurutnya, kebetulan ada anggota polis di lokasi kejadian, lalu segera memberi bantuan sebelum menghubungi ambulans.
“Anggota polis menenangkan wanita itu sebelum ambulans sampai dan bawa dia (wanita itu) bersama bayinya ke hospital,” katanya.

Catat Ulasan

0 Ulasan