Cantik Coat Meghan Ni,Tapi Ada Sesuatu Yang Tidak Kena

Cantik Coat Meghan Ni,Tapi Ada Sesuatu Yang Tidak Kena

Loading...
Cantik Coat Meghan Ni,Tapi Ada Sesuatu Yang Tidak Kena

Meghan memakai kot biru navy jenama J.Crew. Foto Tim Rooke/REX/Shutterstock


MEGHAN Markle tidak pernah salah dalam soal gaya menjelang perkahwinan dirajanya, tetapi kesilapan berlaku semasa lawatan ke Birmingham bersama Putera Harry, minggu lalu.

Bakal pengantin itu kelihatan anggun dengan baju kot dengan kain wool warna biru navy jenama J.Crew.

Bagaimanapun Meghan terlepas pandang apabila memakai kot yang masih mempunyai jahitan silang pangkah (X) pada bahagian belakang baju tersebut.

Tanda tersebut begitu jelas kelihatan berikutan ia berwarna putih pada kain warna gelap


Jahitan silang pangkah masih ada pada bahagian belakang kot dipakai Meghan. Foto Stephen Lock/i-images

Jahitan silang pangkah itu turut dikenali sebagai penanda buat tukang jauh, bertujuan untuk mengekalkan bentuk pakaian sama ada dipindah kelaur atau dipamerkan.

Bagaimanapun, jahitan itu sepatutnya ditanggalkan sebaik sahaja pakaian itu dibeli, dan sudah tentu tidak dibiarkan sebelum boleh dipakai buat pertama kali. 

Peraturan itu turut digunapakai pada belahan busana lain, seperti skirt pensil dan sut jaket. - Mail Online UK

Catat Ulasan

0 Ulasan