Gaun Pengantin Meghan Markle Cecah RM2 Juta

Gaun Pengantin Meghan Markle Cecah RM2 Juta

Loading...
Gaun Pengantin Meghan Markle Cecah RM2 Juta

Mengalahkan gaun pengantin milik mendiang Puteri Diana, sumber baru-baru ini menyatakan bahawa busana pengantin yang akan digayakan Kate sewaktu hari perkahwinannya nanti adalah dianggarkan berjumlah £400,000 iaitu mencecah RM2.1 Juta!



Sumber: Twitter/TheFashionLaw

Hal itu juga secara tidak langsung telah menyebabkan kos perkahwinan pasangan diraja Britain itu bertambah sekali ganda, hanya kerana bajet yang dikeluarkan untuk gaun perkahwinan berkenaan.


Khabar angin turut mengatakan bahawa Meghan sudah pun memilih pereka fesyen yang sesuai untuk merealisasikan gaun perkahwinan impiannya bahkan telah mencuba gaun separa siap itu buat kali pertama beberapa minggu sudah di Kensington Palace.

Sources tell me that Meghan Markle has officially picked a wedding dress designer and had her first fitting at Kensington Palace last week👰🏻

Untuk pengetahuan umum, jika benarlah gaun perkahwinan Meghan berharga RM2.1 juta, ia merupakan bajet gaun terbesar dalam sejarah perkahwinan diraja Britain kerana sebelum ini, gaun perkahwinan milik Kate Middleton cumalah menelan belanja sebanyak RM1.3 juta manakala mediang Puteri Diana adalah yang paling rendah iaitu sekitar RM48,000.


Puteri Diana dalam persalinan perkahiwnnya. Sumber: eonline.com
Gaun perkahwinan Kate Middleton rekaan Alexander McQueen. Sumber: vogue.com

Prince Harry dan Meghan Markle telah sah mengikat pertunangan pada 27 November tahun lalu dan dijadualkan berkahwin pada 19 Mei akan datang bertempat di Windsor Castle.


Hanya tinggal kenangan… Meghan di samping bekas suaminya Trevor Engelson.  Sumber: voici.fr

Terdahulu, aktres jelita Meghan Markle sudah pernah berkahwin dan bergelar isteri kepada seorang penerbit bernama Trevor Engelson selama dua tahun sebelum berpisah pada 2011. Beliau adalah satu-satunya rakyat Amerika yang bakal berkahwin dan menjadi pasangan hidup kepada kerabat diraja Britain.

Catat Ulasan

0 Ulasan