Rita Rudani Jumpa Rita Rudani Bukan Perjumpaan Kosong

Rita Rudani Jumpa Rita Rudani Bukan Perjumpaan Kosong

Loading...
Rita Rudani Jumpa Rita Rudani Bukan Perjumpaan Kosong

Baru-baru ini netizen kecoh apabila pelakon popular Rita Rudaini telah bertemu dengan madu Izreen Azminda iaitu Intan Liana.

Beberapa keping foto pertemuan antara Rita Rudaini dan Intan Liana itu telah dimuatnaik di laman Instagram milik Rita dan juga pelakon Nadia Mustafar.

Untuk pengetahuan, pertemuan ini sebenarnya diatur oleh Nadia Mustafar, yang mana Nadia sebenar merupakan kenalan rapat Intan Liana.

Kata Nadia Mustafar, pertemuan di antara Intan Liana Saleh dan pelakon Rita Rudaini ada sebabnya dan bukan pertemuan kosong.

Kata pelakon ini, punca pertemuan adalah bagi mendapatkan nasihat berkaitan urusan mahkamah kerana Rita pernah melaluinya sebelum ini.

Nadia Mustafar berkata, dia meminta bantuan Rita kerana pihaknya tidak mempunyai pengalaman untuk memberi khidmat nasihat berkaitan urusan perceraian yang akan dibuat oleh suami Intan iaitu Muhammad Radzi Abdul Wahid atau Ude nanti.

Ini pendedahan Nadia Mustafar:

"Adik saya berkahwin dengan kakak Intan iaitu Roza Saleh dan kami sangat rapat kerana saya kenal Intan ni sejak dia kecil lagi.

"Jadi bila dia minta nasihat saya fikir Rita yang paling banyak pengalaman berkaitan naik turun mahkamah. Saya memang pernah bercerai tapi tidak melibatkan hal tuntutan di mahkamah,"


Nadia Mustafar berkata demikian kepada portal mStar ketika diminta mengulas tentang gambar pertemuan antara Intan Liana dan Rita Rudaini yang dimuat naik pada Khamis.

Sementara itu, Nazia berkata, dalam pertemuan itu Rita banyak memberi nasihat dan pandangannya dalam mempertahankan hak seorang wanita ketika berada di mahkamah.


Ini komen Nadia Mustafar lagi:

"Saya dengan Rita berkawan baik sejak kami sama-sama berlakon dalam drama Reflesia dahulu. Jadi, ketika diminta pertolongannya dia tidak teragak-agak untuk kongsi pengalaman.

"Dia banyak bagi sokongan moral dan kongsi apa yang dia rasa perlu dituntut di mahkamah nanti," 


Sementara itu, Nazia berkata, pertemuan tersebut juga tidak sedikit pun menyentuh tentang pelakon Izreen Azminda seperti mana dakwaan netizen.

Ini penjelasan Nadia Mustafar:

"Rita tidak cakap apa pun pasal pihak sebelah sana, dia hanya cerita hal mahkamah sahaja. Lagi pula kita sama-sama rakan artis tidak mahulah bermasam muka kerana industri kecil sahaja nanti akan berjumpa juga.

"Walaupun saya di sebelah Intan tapi saya juga simpati dengan nasib Izreen yang menerima kecaman sangat teruk.

"Pada saya semua sudah tertulis, apa yang terjadi pada Intan ini mungkin ada hikmahnya,"


Mengikut perancangan, Intan Liana akan dilepaskan sebagai isteri Ude pada 22 Mac nanti.

Intan Liana merupakan isteri pertama Ude Wahid dan mereka berdua bernikah pada 1 Mac 2013 dan dikurniakan dua orang anak.

Ude Wahid bernikah secara rahsia dengan pelakon Izreen Azminda pada 8 Ogos 2017.

Catat Ulasan

0 Ulasan